Kerjaya Eun Ji-won

1997–2000: SechsKies

Eun Ji-won dan Kang Sung-hoon ditemui oleh presiden Daesung Entertainment, Lee Ho Yeon semasa bercuti di hawaii. Lee menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada enam orang di mana Eun menjadi ketua kumpulan, rapper utama dan sub-vokalis.

Kumpulan tersebut debut tahun 1997 dan dibubarkan pada tahun 2000. Eun menggambarkan waktu beliau dengan SechsKies sebagai sangat sibuk, mengingat kembali bahawa ahli-ahli lain akan kembali ke rumah ibu bapa mereka untuk mengelak jadual yang amat padat. Mereka menghilangkan diri selama dua minggu menyebabkan jadual yang telah disusun tidak diikuti. Kim Jae-duck berkata "Kami bongkak waktu itu". Eun Ji-won menyatakan bahawa syarikat rakaman mereka merancang penampilan media mereka tanpa merujuk kepada ahli-ahli kumpulan. Pada masa yang sama, beliau berkata ia adalah cara untuk menyaingi H.O.T. Semasa rancangan hiburan Happy Together bersiaran pada 10 Mac 2011, Eun Ji-won menyatakan bahawa SechsKies perlu mengikuti jadual yng amat padat untuk merapatkan jurang dengan lawan mereka pada waktu itu iaitu H.O.T. Pada masa ini, populariti SechsKies telah menyaingi H.O.T.

Pada 18 Mei 2000 SechsKies mengumumkan keberangkatan mereka dari dunia K-pop pada satu sidang akhbar, di mana beberapa ahli menangis. Lee Jai-jin kemudian berkata bahawa pada asalnya mereka bertujuan mahu meninggalkan syarikat rakaman tanpa dibubarkan. Eun Ji-won, di sisi lain, berkata ahli-ahli telah memutuskan bahawa pembubaran pada kemuncak karier adalah jalan yang terbaik. Mereka berpeluang untuk berbicara tentang pembubaran tersebut semasa satu temubual pada 17 Oktober 2016. Eun Ji-won menyatakan bahawa pembubaran tersebut telah dipersetujui oleh majoriti, walaupun Lee Jai-jin merupakan salah seorang ahli yang tidak menyokong pembubaran tersebut.

Selepas sidang akhbar, video muzik terakhir mereka, "Thanks", telah dilancarkan selepas konsert terakhir mereka. Eun menyatakan bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan ahli sepasukan Ko Ji-yong setelah pembubaran selama tujuh tahun; Ko telah berpindah ke Amerika Syarikat untuk sambung belajar dan tidak kembali.[4]

Walaupun SechsKies dibubarkan pada tahun 2000, pada tahun 2002 Eun mengadakan persembahan bersama bekas ahli kumpulan Kang Sung-hun, J-Walk, Kim Jae-duck dan Jang Su-won. Pada 2007, beliau mengadakan persembahan bersama J-Walk dalam beberapa program muzik, termasuk Yoon Do Hyun's Love Letter terbitan KBS (mereka menyanyikan lagu SechsKies "Couple") dan Music Bank (mempersembahkan lagu Eun "Ädios" dan lagu J-Walk "Ligth Storm"). Eun dan J-Walk menyanyikan lagu "Couple" semasa perkahwinan Lee Soo-geun pada 2 Mac 2008. Eun muncul dalam lagu "My Love", lagu utama dalam album ketiga J-Walk dan juga dalam video muzik.

Karier Solo

2000-2004: Debut Solo & Kejayaan Cemerlang

Selepas SechsKies bubar, Eun memulakan karier solonya pada tahun 2000 dengan melancarkan EP termasuk lagu "Ä-Ha" pada 27 Oktober 2000. Beliau menulis semua lagu dalam album solo pertama beliau berjudul G Pop yang dilancarkan pada 29 Mac 2001. Selepas kejayaan cemerlang album pertama beliau, Eun memperhalusi gaya dan bereksperimen dengan muzik dalam album kedua, Heavy G.

Artis Hip-hop Eun Ji-won menukar pengurusan beliau kepada Waltz Music Entertainment pada tahun 2003. Album ketiga beliau, Drunk on Hip Hop (bersama single "Drunk on Melody"), dilancarkan pada 6 September 2003. Kemudian, album dilancarkan semula, dengan memasukkan versi musim sejuk untuk lagu "To Mi Casa" dan "Never Ever" dari album solo pertama. Lagu "Drunk on Melody" telah memenangi Anugerah Hip Hop di Anugerah Gayo SBS pada 2003 dan Anugerah KMTV Muzik Korea. Beliau telah menyanyikan lagu ini sebanyak dua kali di atas pentas bersama Tiger JK dari kumpulan Drunken Tiger dalam rancangan Yoon Do Hyun's Love Letter terbitan KBS.

2004-2006: Debut skrin & Kru Hip-Hop

Eun membintangi sebuah filem romantik komedi berjudul Marrying a High-School Girl (여고생 시집가기) bersama Lim Eun-kyung oleh pengarah baru Oh Deok-hwan, yang dilancarkan pada 23 Disember 2004. Beliau memainkan peranan Park Ondal, pelajar yang baru berpindah sekolah yang sedang dihadiri oleh Pyung-gang (Lim). Filem ini menceritakan tentang seorang pelajar sekolah tinggi perempuan yang mesti mengahwini lelaki bernama "Ondal" sebelum hari lahir ke-16 dan mempunyai bayi dalam masa setahun; jika tidak, perempuan itu akan mati.

Eun berundur dari industri pada pertengahan 2006, namun beliau muncul semula apabila The Movement (무브먼트) (satu gerakan mengumpulkan artis rap dan artis hip-hop seluruh Korea Selatan) mengadakan konsert pada 13 Mei 2006. Ramai artis Movement muncul dalam album-album Eun termasuk Drunken Tiger, Tasha (Yoon Mi Rae), Dynamic Duo dan Bobby Kim.

2007-2010: Kembali selepas 2 tahun berehat & GYM Entertainment

Eun kembali dengan single berjudul "Adios", selepas berehat dari industri muzik; album beliau berjudul Love, Death, Introspection (사랑 死랑 思랑) telah dilancarkan pada 30 Oktober 2007 dengan empat lagu baru dan versi instrumental untuk "Adios". Mr. Tyfoon, Baek Ji-young dan Sat Byul (샛별) telah ditampilkan dalam album tersebut. "Adios", sebuah lagu hip-hop Latin, digubah oleh Keeproots dengan lirik oleh Mr. Tyfoon. Tiger JK dari Drunken Tiger, Mr. Tyfoon dan Eun yang menerbitkan album ini.[5][6] Eun adalah sebahagian dari 13 Creative Unit, sebuah subsidiari dari Eyagi Entertainment (yang juga menghasilkan penyanyi Hwang Bo dan pelakon Park Si Yeon).

Pada pertengahan 2007, Eun muncul dalam rancangan hiburan realiti Happy Sunday: 1 Night 2 Days terbitan KBS. Beliau menggantikan Kim Jong Min (yang pergi mengikuti khidmat tentera) dalam rancangan Come To Play (놀러와) terbitan MBC. Eun merupakan ahli tetap dalam rancangan Jihwaza (작렬! 정신통일) terbitan SBS sebelum dibatalkan pada September 2007.

Untuk album kelima, Eun telah memilih 20 lagu daripada 100 lagu. Pada 2007, beliau membuat persembahan di Parti DKNY. Eun membuat penampilan dalam EP Moon Ji-eun (artis dari agensi yang sama Starship Entertainment) yang dilancarkan pada 10 April 2008 berjudul "Fox" dan di dalam video muzik selepas Moon muncul dalam video muzik Eun untuk lagu "Suddenly" (문득).[7] Pada Jun 2008, Eun berkolaborasi dengan J-Walk (Kim Jaeduck dan Jang Suwon, masing-masing adalah bekas ahli kumpulan Sechskies) dalam lagu dari album J-Walk, "My Love". Kemudian dalam tahun yang sama, Eun melancarkan album berjudul G Code; salah satu singlenya berjudul "Dangerous", merupakan sampel dari Kardinal Offishall yang menampilkan "Dangerous" versi Akon.

Awal tahun 2009, Eun tinggalkan CH Entertainment dan memulakan syarikat beliau sendiri, GYM Entertainment. Artis pertama yang dihasilkan oleh syarikat beliau merupakan penyanyi rap Gilme; Eun muncul dalam lagu debut Gilme berjudul "Love Cuts", dan telah membuat persembahan di atas pentas dengan Gilme.[8]

Selepas setahun berehat dari industri muzik, Eun melancarkan album kelima berjudul Platonic yang merupakan sebuah album penuh. Lagu utama, "Siren", adalah sebuah lagu elektronik dengan irama hip hop. Eun berkolaborasi dengan Mr. Tyfoon, Gilme dan Lee Soo-geun dari 2 Days & 1 Night. Album diterbitkan bersama oleh GYM Entertainment dan Starship Entertainment.

2011- : Projek Clover

Pada 31 Mac 2011, Eun, Gilme dan Mr. Tyfoon menubuhkan Clover, yang menarik perhatian ramai kerana ia adalah kumpulan baru selepas 10 tahun pembubaran SechsKies.[9] Mereka membuat persembahan lagu "La Vida Loca", dari mini album mereka berjudul Classic Over, dalam beberapa persembahan muzikal.[10] "La Vida Loca" diterima dengan baik, menduduki kedudukan teratas dalam Carta Muzik Cyworld selepas dua minggu dilancarkan.[11]

Pada 29 September 2011, Clover melancarkan sebuah single digital berjudul "A Guy Who I Know (아는 오빠)".[12] Pada Januari 2012, Clover menerima Anugerah Hip-Hop/Rap di Anugerah Muzik Seoul ke-21.[13]

Pada 14 Ogos 2012, Clover melancarkan single digital kedua berjudul "Pork Soup (돼지국밥)".[14] Pada 18 November 2013, single digital ketiga mereka berjudul "Trickling (주르륵)" dilancarkan.[15]

2013- : Project HotSechgodRG

Pada 2013, Eun, Chun Myung-hoon, Tony An, Moon Hee-joon dan Danny Ahn muncul dalam rancangan baru terbitan QTV berjudul Handsome Boys of the 20th Century.[16]

Handsome Boys of the 20th Century direka oleh Moon Hee-joon yang menjemput lima selebriti, semuanya lahir pada tahun yang sama (1978), dari tiga kumpulan idola generasi pertama yang berbeza untuk memulakan sebuah rancangan realiti versi drama "Reply 1997".[17] Beliau mencadangkan idea tersebut dimana mereka akan bertemu secara kasual untuk berbual dan membincangkan topik-topik pada masa muda mereka yang mereka tidak boleh sentuh pada waktu itu.[18] Rancangan tersebut dibintangi oleh Moon Hee-joon dan Tony An dari kumpulan H.O.T, Chun Myung-hoon (NRG), Eun Ji-won (SechsKies), dan Danny Ahn (g.o.d). kelima-lima mereka menamakan diri mereka sebagai HotSechgodRG — gabungan nama-nama kumpulan mereka.

Musim pertama bersiaran dari 16 April 2013 hingga 9 Julai 2013.[19] Rancangan tersebut menarik perhatian ramai dan HotSechgodRG membuat banyak penampilan dalam rancangan-rancangan hiburan di siaran perdana dan kabel, seperti Immortal Songs: Singing the Legend, Happy Together dan Hwasin – Controller of the Heart (화신). Musim kedua Handsome Boys of the 20th Century bersiaran dari 27 Ogos 2013 hingga 19 November 2013.[20] HotSechgodRG mengumumkan mereka sedang bersedia untuk mengadakan konsert Krismas (Legend Back). Namun, Tony telah menghadapi kesalahan undang-undang dan terpaksa menarik diri dari kumpulan tersebut kerana beliau telah diharamkan untuk membuat kemunculan di kaca TV buat sementara waktu. Konsert tersebut dibatalkan kerana mereka merasakan mereka tidam mampu untuk meneruskan tanpa Tony. Musim ketiga bersiaran dari 26 November 2013 hingga 26 Disember 2013 di bawah nama "Handsome Boys Communication (미소년 통신)". Rancangan tersebut terdiri daripada segmen "EunHee Clinic (은희상담소)" dibintangi Moon Hee-joon dan Eun Ji-won dan segmen "DJ GodRG (DJ 갓알지)" dibintangi Danny Ahn dan Chun Myung Hoon.

Pada Mei 2014, HOTSechgodRG mengumumkan mereka akan kembali dengan rancangan baru pada Julai. Moon Hee-joon, Eun Ji-won, Danny Ahn, dan Chun Myung Hoon membintangi dalam rancangan baru berjudul W.I.S.H. (Where is My Super Hero?), yang bersiaran di OnStyle dari 19 Julai 2014 hingga 9 Ogos 2014.[21][22]

Danny Ahn, Tony An dan Chun Myung-hoon membuat penampilan dalam rancangan kembara realiti dibintangi Eun berjudul Plan Man dan mereka mengembara ke Pulau Jeju. Perjalanan mereka bersiaran selama tiga episod, bermula pada 31 Julai 2016.[23] Sebelum itu, Tony An telah tampil dalam episod lain bersama Brian Joo dari Fly to the Sky.[24]

Dengan penubuhan semula kumpulan Danny Ahn iaitu g.o.d pada 2014 dan kumpulan Eun iaitu SechsKies pada 2016, penampilan mereka sebagai kumpulan berlima menjadi terhad kerana jadual padat.

2016: Penyatuan Semula SechsKies

161119 Eun Ji-won at 2016 Melon Music Awards170119 Eun Ji-won at Seoul Music Awards

Pada 11 Mei, SechsKies telah menandatangani kontrak dengan YG Entertainment selepas pertemuan semula dalam rancangan Infinite Challenge, kecuali Ko Ji-yong.[25] SechsKies mengadakan konsert kembali pada 10 dan 11 September di Olympic Gymnastics Arena. Selepas Infinite Challenge bersiaran, SechsKies telah menjana lebih ramai peminat dan konsert pertama mereka selepas penyatuan semula telah habis dijual dalam 5 minit.[26]

Pada 7 Oktober, SechsKies melancarkan single digital berjudul "Three Words (세 단어)" yang menduduki tangga teratas dalam 8 carta muzik majoriti tidak lama selepas dilancarkan, meraih status all-kill. Ia juga menduduki kedudukan teratas dalam carta muzik Asia dan iTunes global di Taiwan serta diantara lagu teratas dalam carta-carta iTunes di Hong Kong, Singapore, Malaysia, Thailand dan lain-lain negara.[27]

Pada 19 Ogos, Eun menyertai rancangan hiburan terbitan SBS berjudul 'Flower Crew' bersama rakan SechsKies, Lee Jai-jin.[28] Namun, mereka tinggalkan rancangan ini untuk fokus kepada promosi kumpulan.[29]

Pada 23 November, YG mengumumkan album baru SechsKies akan dilancarkan pada 1 Disember 2016. Album baru berjudul "2016 Re-ALBUM" mengandungi 10 lagu hit SechsKies pada masa lalu yang telah disusun semula dan digubah semula oleh penerbit-penerbit YG dan menyediakan hadiah istimewa buat para peminat.[30]

SechsKies menyambung lawatan konsert "Yellow Note" mereka pada 10 Disember di Daegu dan pada 24-25 Disember di Busan. Pada 31 Oktober, semua tiket untuk semua konsert lawatan SechsKies untuk bulan Disember habis terjual dalam beberapa minit.

Pada 16 Disember YG mengumumkan SechsKies akan mengadakan konsert "Yellow Note Final in Seoul" pada 21 dan 22 Januari di Stadium Tertutup Jamsil.[31] Pada 22 Disember, semua 13,000 tiket habis terjual dalam tiga minit.

Pada akhir tahun, SechsKies telah memenangi beberapa anugerah termasuk Click! Star Wars Awards Hall of Fame, the 6th Gaon Chart Music Awards The Kpop Contribution of The Year, the 8th Melon Music Awards Hall of Fame, the 31st Golden Disc Awards Best Male Group Performance and the 26th Seoul Music Awards Bonsang.

2017: Ulangtahun Ke-20

Pada 16 Februari 16, TvN mengumumkan Eun Ji-won akan menyertai rancangan hiburan baru mereka berjudul 'The Dynamic Duo'.[32]

Pada 18 Mac, Eun mengumumkan pembukaan semula kelab peminat rasmi beliau '1KYNE'. Pada 28 Mac, Eun Ji-Won melancarkan kelab peminat rasmi, pada pukul 12 KST, ia dibuka untuk pendaftaran. Lebih dari 30,000 peminat log masuk ke lam sesawang tersebut pada masa yang sama menyebabkan ia lumpuh dan ia kekal begitu selama satu jam sebelum peminat sambung mendaftar.[33]

Pada 19 April, YG mengumumkan album baru SechsKies berjudul "The 20th Anniversary" akan dilancarkan pada 28 April 2017. Bersama pelancaran album, dua lagu utama berjudul "Sad Song" dan "Be Well" akan dipromosikan. album tersebut menduduki kedudukan teratas dalam carta-carta di Hong Kong, Malaysia, Taiwan, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, Australia dan Amerika Syarikat. Album ini juga menduduki kedudukan teratas dalam carta-carta muzik Mnet, Bugs, Genie dan Naver. Semua lagu dalam album tersebut mencapai kedudukan 100 teratas dalam carta Melon, yang merupakan satu kejayaan yang cemerlang dan membuktikan SechsKies mempunyai rangkaian peminat yang luas. Album ini juga menduduki kedudukan teratas Carta Gaon dan Carta masa sebenar Hanteo, carta harian dan carta mingguan. Lagu "Be Well" juga menduduki kedudukan teratas Carta Digital Gaon, Carat Muat turun, Carta BGM dan Carta Mobile untuk minggu pertama bulan Mei. SechsKies memegang kemenangan berturut untuk lagu "Be Well" dalam rancangan muzik Music Core terbitan MBC pada Mei. Mereka juga memenangi kedudukan pertama dalam rancangan Music Bank terbitan KBS.[34][35][36]

Pada 25 April, Eun melancarkan lagu berjudul 'Love Song' untuk runut bunyi drama terbitan OCN berjudul ‘My Secret Romance’.[37]

Pada 4 Mei, SechsKies mengadakan acara autograf selepas 18 tahun di Time Square bertempat di Yeongdeungpo-gu, Seoul. Lokasi tersebut dipenuhi lebih daripada 3,000 peminat yang berkumpul untuk melihat mereka.[38]

Pada 12 Mei, YG mengumumkan SechsKies akan debut di Jepun selepas 20 tahun aktif di Korea Selatan. Album SechsKies "The 20th Anniversary" Edisi Jepun akan dilancarkan pada 19 Julai. YG mengumumkan SechsKies akan mengadakan pertemuan peminat buat pertama kali di Jepun di Dewan Pantai Yokohama di Kanagawa pada 23 Julai dan di Namba Hatch di Osaka pada 3 September.[39]

Pada 7 Ogos, YG mengumumkan SechsKies akan mengadakan "20th Anniversary Concert" pada 23 September di Gocheok Sky Dome. Pada 22 Ogos, semua tiket habis terjual dalam beberapa minit.[40]

Pada 16 Ogos, YG mengumumkan secara rasmi Eun Ji Won telah menandatangani kontrak secara individu dengan  YG Entertainment.[41]